Rabu, 20 April 2011

Cinta Yang Di Benci Itu Mengekoriku (5)

        Hampir 10minit menenangkan fikiran Shira lantas melangkah pulang. Tuntutan agama yang wajib masih lagi belum ditunaikan. Sekejap lagi akan masuk asar. Fakrul yang lagi tadi menanti didalam kereta terus sahaja megekori Shira. Dia mahu lihat Shira selamat sampai. Ketika sahaja Shira menghampiri rumahnya, kelihatan seraut wajah yang tidak mahu dilihatnya tadi. Shah yang menanti kepulangan Shira tersenyum menggoda dan hatinya berharap semoga sahaja hati Shira akan tertunduk cair. Shira yang melihat mencebek bosan.Aku bukan perempuan yang senang tergoda la sengal. Menyampah aku.

" Ada apa kau datang ney. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi kau." kata-kata yang dihamburkan Shira itu membuatkan hati kecil Shah terguris. Begitu sekalikah layanan yang harus diterima atas keterlanjuran perbuatanya tadi. Shah mengeluh lantas kaki di gerakan ke arah merapati Shira. Mereka perlu berbincang. Fakrul terus sahaja berlalu pergi selepas melihat keadaan itu, dia tidak mahu hatinya sakit hati dengan adegan yang akan berlaku sebentar lagi.

" Shah nak bincang dengan Shira. Bincang hal kita Shira." Shah berharap kali ini Shira akan berlembut hati.

" Hal kita? Penting ke kita punya hubungan?" Shira ketawa menyindir. Terasa lucu dengan kata-kata Shah itu. Tak ada perasaan bersalah ke Shah ni. Shah yang sedar ketawa tersebut hanya suatu sindiran tersenyum menahan rasa.

" Penting Shira. Permulaan masa depan kita." Shira memandang tepat ke dalam mata Shah. Masa depan kita? Kita? Apa maksudnya? Pelbagai persoalan timbul didalam benaknya. Apa yang penting dia mahu segalanya jelas. Shira hanya mahu mendengar lebih lanjut persoalan tersebut.

" Semalam mama dan papa Shah bincang pasal kita. Mereka nak kita ikat tali pertunangan lepas kita tamat study. Shira ada masa lebih kurang enam bulan untuk membuat persiapan. Segala perbelanjaan mama yang akan tanggung." dikerling wajah gadis tersebut. Wajah tersebut masih tenang. Tidak gembirakah dia seperti dirinya.

" Maaf Shira perlu masuk. Shira belum solat lagi. Shah pun pergilah balik." aku terus berlalu. Fikiranya kosong ketika ini. Ibu setujukah?Ataupun ibu masih tidak tahu. Aku? Berat sungguh hati ini.

        Usai solat, aku memohon sesungguh-sungguhnya. Aku tidak mahu kusut dengan perkara tersebut. Aku perlukan fikiran dan hati yang lapang untuk membuat keputusan. Layakkah aku untuk dia? Aku tak mahu jadi insan yang menjadi bebanan pada Shah. Aku tak mahu cinta yang aku beri dikhianati nanti. Siapakah gadis yang bermanja dengan Shah siang tadi. Buah hatinyakah? Jadi kenapa Shah setuju dengan cadangan ibu bapanya.? Aku merasa tersepit. Untuk menghilangkan segala persoalan yang bermukim diminda. Shira menyibukan diri dengan memasak dan membaca nota-nota lama. Bulan depan akan bermulanya peperiksaan akhir. Aku mesti dapatkan keputusan cemerlang, gemilang dan terbilang.

" Shira buat apa? Banyak kerja ye sayang?" aku tersenyum ketika mendengar teguran tersebut. Muka ibu kelihatan pucat dan letih. Lantas tangan ibu kucapai dan ku cium sepenuh hati. Rindu pada ibu.

" Ibu tunggu sekejap ye, Shira ambilkan air untuk ibu. Rehatlah ibu."  ibu tersenyum membalas. Kakiku hayunkan ke dapur. Pantas sahaja jug yang berisi air oren dituang ke dalam gelas. Gelas yang berisi air aku suakan kepada ibu.

" Ibu tak sihat ke? Muka ibu pucat." aku segera melontarkan pertanyaan. Aku risaukan ibu.

" Ibu sihat. Penat sikit je ni. Shira dah ada keputusan?" senyuman yang terukir tadi masih tidak lekang dari bibir ibu. Aku terkejut. Nampaknya ibu sudah tahu. Mudahlah kerja aku.

" Shira tak tau ibu. Shira nak jaga ibu dulu." aku memandang keluar rumah. Segan untuk berbicara sebenarnya.

" Shira jangan risaukan ibu, Ibu nak lihat ada orang yang dapat jaga Shira bila ibu tak ada nanti. Hati ibu tak tenag selagi tak ada yang jaga Shira. Shira terimalah. Mereka sekeluarga dah banyak membantu kita. Tak ada apa yang dapat kita ganti sebagai balas budi mereka Shira selain terima permintaan mereka. Aku mengeluh.

" Shira tau ibu, tapi Shira masih muda ibu, baru 20tahun.Shah pun muda lagi. Dapat ke dia jaga Shira? Penat Shira belajar kalau dah kena kahwin. Shira tak dapat balas jasa ibu bersusah payah beri Shira makan dan pelajaran. Ibu mintalah mereka tangguhkan lagi." aku mencipta alasan bagi melepaskan diri.

" Mereka baru nak suruh Shira tunang sayang bukan kahwin terus. Ke anak ibu ni tak sabar nak kahwin sebenarnya?" aku terlongo mendengar bicara ibu. Senyuman kecil terukir di bibir ibu. Agaknya bagaimana rupa aku terlongo tadi.

" Tunggulah ibu, lepas exam nanti Shira baru bagitahu keputusan Shira. Ibu mandi lepas tu kita makan sama-sama ye. Nanti Shira hidangkan makan malam kita. Ibu menganggukan kepala dan terus masuk ke bilik untuk mengambil tuala mandi.

       Macam mana ni. Aku ni pun satu, kalau cakap tak pernah fikir dulu. Kalau bagi keputusan lepas exam ertinya aku cuma dapat buat keputusan dalam masa sebulan ajelah. Kalau dalam sebulan tak ada keputusan boleh minta sebulan lagi tak agaknya ek. Sebelum buat keputusan aku kena selesaikan masalah aku dengan Shah. Aku kena tau siapa perempuan tu.

      Malam yang terasa singkat itu Shira habiskan dengan menatap nota. Setelah penat menatap nota selepas makan malam Shira mencampakan dirinya ke atas katil. Fikiranya melayang dengan kejadian siang tadi. Kalaulah Dina lihat aku dan musuh aku boleh bermain lari-lari sambil berpegangan tangan mahu heboh kelas aku dibuatnya. Tapi kuat betul di pegang tangan aku.Kesan merah ditangan sudah kurang warnanya. Tapi muka Fakrul macam marah betul dengan Shah. Diorang ni ada sejarah silam ke ek. Tak kan lah sebab aku pula mereka bergaduh? hehehe perasan betul aku ni. Ingat miss world ke?

--------------------------------------------------------

Tiada ulasan: