Khamis, 9 Jun 2011

Cinta Yang Di Benci Itu Mengekoriku (6)

Shira berjalan laju ke kelas. Tak mahu rasanya bertembung dengan  Shah. Malas nak bersoal jawab perkara semalam. Takut kecoh kat kolej pula nanti. Kerana kerisaun tersebut, dia telah melupakan sahabat baiknya,Dina di tempat letak kereta tadi. Dina yang perasan di tinggalkan, terus mengejar Shira dengan laju. Geram juga kerana di tinggalkan. Tetapi melihatkan muka Shira yang seakan berangan itu hilang rasa geram tersebut namun berganti dengan rasa pelik dengan kelakuan sahabatnya yang terkenal dengan sifat manja dan banyak bercakap itu. Langkah Shira di ikut dari belakang.
“ Kau kenapa? Senyap je. Aku pun kau tinggalkan tadi.” Shira tersentak mendengar suara Dina.
“Aku tinggalkan kau ke? Sorrylah Dina,aku tak perasanlah pula. Kau tak marahkan?” Shira tersenyum dan senyuman tersebut dibalas Dina semula.
            
           Fakrul melangkah ke dalam kelas. Dikerling Shira dan pergelangan tangan gadis itu. Lega kerana tiada kesan merah seperti semalam. Shira yang perasan lirikan mata Fakrul tersebut terus memusingkan badan seolah mebelakangkan Fakrul. Perbuatan Shira yang sengaja tersebut telah mengundang rasa geram dihati Fakrul.
“Lari dah lah terkengkang-kengkang. Macamlah aku nak tengok sangat muka kau yang tak berapa nak jelas tu. Mengada-ngada betul. Dahlah hipokrit. Kuat berlakon. Menipu aje kerja kau agaknya.” Fakrul puas. Hatinya mengekek ketawa kerana dapat melihat perubahan wajah Shira. Shira yang tau dirinya disindir terasa bahan letupan di hatinya ingin meletup sekuat yang boleh.
“Kau ni kenapa aku nampak macam bangang sangat hah?Kau ingat muka kau tu jelas sangat ke? Macam ‘adik-adik’ je aku tengok. Kalau aku berlakon kau rasa susah ke? Ada aku mintak bayaran dengan kau? Menyibuk hal orang je. Diri sendiri tak terurus asyik nak menyemak depan muka aku ni. Kau boleh berambuslah dari duduk depan mata aku. Sakit tau tak mata aku tengok muka kau yang agak menjengkelkan tu.” Senafas sahaja ayat tersebut diluahkan. Rasa bengang meluap-luap dihati. Puas kerana dapat meluahkan ayat tersebut.
            
        Kelas menjadi sunyi selepas mendengar ayat yang keluar daripada mulut Shira. Tidak di sangka gadis manja tersebut boleh menuturkan ayat yang agak kasar pada pendengaran mereka. Dina menunjukan pintu keluar. Shira yang lagi tadi membelakangkan pintu tersebut menoleh. Kosong. Pandangan diarahkan ke Dina semula. Tidak memahami bahasa isyarat Dina. Dina diam dan menjungkit bahu. Seketika kemudian dia tersedar. Fakrul tiada dibelakangnya. Bukan ke mamat tu berdiri belakang aku tadi. Shira memandang sekeliling kelas. Memang pasti tiada wajah Fakrul di situ. Mana dia pergi? Merajuk atau terasa hati? Tapi kenapa pula aku risau? lantaklah dia. Sejak kejadian pagi tadi langsung tidak kelihatan batang hidung Fakrul. Dan apa yang membuatkan Shira merasa semakin bersalah adalah ketika pensyarahnya bertanyakan perihal ketidak hadiran Fakrul kepada mereka namun kesemua mata didalam kelas tersebut terarah kepadanya. Pensyarahnya yang turut pelik turut melihat kepadanya dan bertanyakan soalan yang sama untuk kesekian kali dan Shira hanya tersengih dan mengeleng kepala tanda tidak tahu sebagai jawapan.

Tiada ulasan: