Selasa, 19 April 2011

Cinta Yang Di Benci Itu Mengekoriku (4)

Puas aku meronta-ronta untuk melepaskan tangan dari gengaman Fakrul yang semakin kejap itu. Fakrul terus mengheret aku pergi dari situ dengan langkah yang laju.

" Lepas tangan aku, lepaslah." aku masih menarik-narik tangan aku. Semakin sakit tangan aku apabila meronta begitu. Pekak ke mangkuk ni.

" Sakitlah." akhirnya aku melembutkan suara. Fakrul berhenti dan memandang aku. Terbit senyuman dari bibirnya. Senyuman yang bukan menyakitkan hati aku seperti selalu.

" Jom cepat, kau nampak tak pak we kau kejar kat belakang tu." kata-kata Fakrul itu membuatkan aku teringat kembali apa yang berlaku sebentar tadi. Aku mendengar namaku di panggil dan derap langkah yang laju menghampiri kami. Kali ini aku pula yang menarik tangan Fakrul untuk pergi dari situ. Aku dan Fakrul berlari laju selajunya. Aku tidak mahu mendengar pembohongan dan alasan yang di cipta untuk menyelamatkan diri daripada Shah. Mungkin sedikit terasa dengan kelakuan Shah tadi. Membuat aku menantinya seperti orang bodoh didepan kelas.

" Lajunya kau lari. Aku ingat kau tak pandai berlari. Maklumlah kaki kau nampak pendek aje jalan pun terkedek-kedek." telinga aku menangkap butir bicara Fakrul yang kedengaran agak mengutuk aku. Aku melepaskan tangan Fakrul. Jelingan yang tajam aku tujukan ke matanya tepat.

" Hei aku dulu etlit sekolah tau wakil daerah kita. Kau lupa ke? Kalau setakat tinggi je belum tentu boleh harap . Macam kau tu la. Dah, aku nak balik malas nak layan kau. Thanks sebab tolong aku. " aku melangkah terus ke luar pagar dan menunggu bas didepan kolej untuk pulang. Matahari yang tegak diatas kepala membuatkan aku berlindung di bawah pokok. Ada lagi 20minit sebelum bas datang. Aku membelek tangan yang di pegang oleh Fakrul. Merah dan hampir lebam. Aku menggosok-gosok tangan untuk menghilangkan warna tersebut walaupun pada hakikatnya aku tahu tak mungkin akan hilang.

" Kenapa lari tadi? Kenapa Shira dengan Fakrul? Kenapa tak tunggu Shah?" tersentak aku mendengar suara yang garang itu. Mata yang leka melihat tangan tidak aku alihkan kepada empunya suara tersebut. Aku tahu siapa geranganya. Lama aku berfikir sebelum membuka suara.

" Tak ada penjelasan." hanya itu jawapan yang mampu aku beri. Aku dengar suara dengusan daripada Shah. Marahlah tu, fikirkan marah dia aje. Ingat aku tak tau marah ke? Meluat betul lah dia ni.

" Shira, pandang Shah. Apa hubungan Shira dengan Fakrul tu? Bukan main mesra lagi siap pegang-pegang tangan." sinis sungguh kata-kata yang dituturkan Shahmier sehinggakan telinga aku terasa panas. Aku langsung tidak memandang muka Shah. Aku geram dan marah kepada Shah. Geram kerana Shah membuat aku terasa bodoh kerana menanti lama dan aku marah Shah kerana kata-katanya yang pedas dan tidak berlapik itu. Aku terus memandang jalan yang kosong dihadapanku. Sekali lagi aku terkejut apabila Shah menarik aku dalam pelukanya. Aku menolak badan Shah sekuat hati.

'Panggg' menggigil tangan aku selepas melempang Shah. Tindakan yang kurang ajar dan langsung tidak menghormati aku. Aku memandang Shah tajam. Belum pernah aku semarah ini.Shah menggosok pipinya yang terasa perit. Shah tergamam dengan tindakan Shira itu. Shah akui dia memang melampau.

"Aku bukan perempuan yang boleh kau buat sesuka hati kau. Aku bukan perempuan murahan Shah. Aku ada maruah. Aku tau batasan. Kenapa kau kurang ajar dengan aku Shah?" air mataku mula bergenang. Aku kecewa dengan tindakan Shah.

"Shira, Shah tak sengaja. Maafkan Shah. Shah marah bila lihat Fakrul pegang tangan Shira tadi. Shira teman wanita Shah. Shah tak boleh terima. Maafkan Shah, sayang." Shah mencapai tangan aku namun dengan pantas aku menepis. Senangnya kau kata sayang kat aku setelah kau bermesra dengan perempuan tu. Siapa yang kau sayang sebenarnya Shah? Pertanyaan itu hanya bergema didalam hatiku sahaja. Bas ni pun satu apesal lambat sangat. hati aku tengah mendidih ni. Aku membelakangkan Shah. Aku tidak mahu melihat wajah itu hari ini. Sebuah kereta berhenti di sebelahku. Fakrul!!

" Naik Shira, panas tu." aku terkedu dengan pelawaan itu. Apa yang perlu aku buat. Fakrul memandang tajam  ke arah Shah. Mukanya masam. Aku melangkah namun tanganku ditarik oleh Shah.

" Shira balik dengan aku. Aku lebih berhak hantar dia daripada kau. Kau balik aje la." Shah berkata dengan nada amarah. Aku cuba menarik tanganku dari pegangan Shah. Kejadian tadi menakutkan aku. Aku tak mahu di peluk lagi.

" Kau nampak dia tak nak kau pegang dia. Apa lagi bro, lepaskanlah. Dia berhak pilih dengan siapa dia nak naik. Kau bukan laki dia pun. Dia boleh naik dengan sesiapa aje dia nak. Gentle lah bro." suara sinis seperti yang selalu dia lakukan pada aku. Kelihatan bas mula mendekat. Tanganku dengan pantas menahan bas tersebut. Aku merentap tanganku dari pegangan Shah dan aku terus memboloskan diri ke dalam bas. Pening aku hari ni. Dah lah panas, macam-macam hal pulak.

" Padan muka korang. Nak bertekak sangat. Hambik kau. Aku pilih bas lagi selamat." aku tersenyum selepas memikirkan kembali kejadian tadi. Macam-macam hal. Nak hantar aku balik pun jadi masalah. 

        Kedua-dua lelaki tadi hanya mampu melihat bas tersebut berlalu pergi membawa gadis yang direbutkan sebentar tadi. Rasa tidak percaya menghantui mereka berdua apabila gadis comel tersebut lebih rela menaiki bas daripada memilih untuk menaiki kenderaan mereka. Fakrul hanya tersenyum mengejek ke arah Shah. Puas hatinya melihat wajah keruh Shah itu. Padan muka kau. Lantas Fakrul menekan minyak dan mengekori bas tersebut. Dia bimbang gadis comel yang telah menganggu waktu malamnya di timpa kesusahan lagi. Dia marah melihat gadis tersebut dipeluk Shahmier tadi. Namun penampar yang di berikah Shahira ke pada Shahmier membuatkan dia rasa lega. Dari jauh kelihatan bas berhenti di tasik berdekatan taman perumahan Shira. Dia lihat Shira duduk di bangku yang menghadap tasik itu. 

----------------------------------------------------






Tiada ulasan: