Isnin, 18 April 2011

Cinta Yang Di Benci Itu Mengekoriku (3)

        Hari ney aku tersedar awal, dapatlah aku bersiap dengan bersenang-lenang dan tidak terkejar-kejar macam selalu. Siap bersarapan aku menanti Dina di ruang tamu. Ibu mesti dah pergi kerja. Kesian ibu, walaupun  sepatutnya umur seperti ibu sepatutnya berehat di rumah sahaja tetapi ibu tetap mahu bekerja. Ibu cukup marah apabila aku berhasrat untuk berhenti belajar dan mencari pekerjaan bagi menggantikan tempat ibu. Seboleh-bolenya ibu mahu aku menamatkan pengajian. Kehidupanku yang susah daripada kecil sedikit pun tidak membuat aku lupa untuk bersyukur kerana masih ada lagi rezeki untuk aku dan ibu makan. Ibu telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Ibu hanya ada aku dan aku hanya ada ibu. Ayah pula? Aku tidak tahu di mana dia. Ayah meninggalkan ibu ketika ibu sedang sarat mengandung. Nasib baik Mak Timah yang berjiran dengan keluargaku ada. Dialah yang menjaga ibuku sehingga habis berpantang. Keluarga Mak Timah banyak membantu aku sekeluarga. Disebabkan itulah aku tidak mampu menolak permintaan Mak Timah agar menjadi suri dalam hidup anaknya Shah. Shahmier Nadzri. Tak mudah untuk aku berkasih dengan insan yang aku anggap sebagai abang. Sukar rasanya. Namun kerana Shah adalah anak kepada insan yang banyak menabur budi kepada aku dan ibu, akan aku cuba untuk membalas budi orang walaupun terpaksa mengorbankan nyawa aku sendiri.

" Hello sayang berangan ke?" Dina memetik jarinya dihadapan muka aku dan perbuatan itu membuatkan aku dengan pantas menepis tangan tersebut. Tindakan rifleks.

" Wei saket la ngek tangan aku" Dina merungut dan mengosok-gosok tanganya. Muncungnya yang panjang membuatkan rasa bersalah yang tadi terbit berganti menjadi rasa lucu.

" Alalala...Sorry la Dina, aku mana tau kau punya tangan. Yang kau tu masuk main terjah aje siapa yang suruh? Taulah kau ada kunci rumah ney. Hah tu lah balasanya masuk tak bagi salam." aku berkata sambil tersenyum. Dina yang perasan senyuman pada bibir aku terus memanjangkan lagi muncung tersebut.

" Bencilah aku dengan kau ney, aku laparlah. Ada ape boleh makan tak?" Dina tidak mahu meneruskan perbalahan tersebut. Memang diakui itu adalah kesilapan yang sengaja di lakukanya.

" Jomlah aku teman kau, ibu masak nasi goreng pedas punya." Dina tersengeh lalu berjalan ke dapur dan mengambil pinggan serta sudu. Memang Dina telah biasa dengan rumah Shahirah ini. Selepas makan mereka berangkat ke kolej dengan kereta milik Dina.

" Shah tak ke kolej ke? Kereta dia ada tersadai lagi kat rumah tu." aku mendiamkan diri dan membuat tidak dengar. Dina memandang aku apabila soalanya tiada balasan. Melihat kebisuan aku itu Dina terus mendiamkan diri. Tunggulah kat kelas nanti, akan aku korek cerita. Hehehe. Setelah meletakan kereta mereka berjalan ke kelas. Namun langkah mereka yang lancar tadi terhenti apabila terlihat wajah Shah dihadapanya mereka kini. Dina yang melihat wajah masam Shah terus melangkah meninggalkan mereka di situ.Shahira hanya menundukan wajahnya.

" Balik nanti dengan Shah. Shah nak bincang dengan Shira. Atau Shira busy lagi hari ni?" kedengaran sinis suara Shah ketika mengucapkan ayat yang akhir tersebut. Shira memandang Shah dan mengeluh.Baru nak balik awal. Ingat tak ada latihan petang ni dapatlah berehat dan bersantai kat rumah.

" Shah nak bincang apa? Shira nak rehat la hari ni. Penat tak hilang lagi. Next time boleh tak Shah?" aku membuatka muka simpati berharap Shah akan menundakan perbincangan itu. Namun gelengan daripada Shah membuatkan aku kecewa. Aku terus melangkah meninggalkan Shah. Aku tau walaupun aku memujuk Shah dengan sedaya upaya keputusan tetap sama. Itulah perangai Shah yang tidak aku gemari. Langsung tak mahu bertoleransi. Aku kan mak we dia tapi dia buat aku macam adik dia pula.Asyik nak dengar cakap dia aje. Cakap orang tak nak terima. Belum jauh aku melangkah. kedengaran suara Shah mengingatkan aku sekali lagi. Aku hanya menoleh dan mengangguk kepala tanda faham akan arahan tersebut.Tiada seulas senyuman pun aku beri pada Shah.

       Ketika melangkah ke dalam kelas aku terdengar suara kasar yang sengaja mahu menyakitkan hati aku.

" Kalau dah tau tak suka tak payahlah terima, lepas tu buat muka macam tapai tengik pula. Pagi-pagi dah hancurkan selera orang aje." aku mengenggam penumbuk dengan kuat. Rasa macam nak tumbuk aje mulut Fakrul ni.Satu hari tak sakitkan hati aku tak boleh agaknya. Ada aje masalah yang dia timbulkan. Kang kepala kau dengan kepala si Shah tu aku hentam, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Oleh kerana mood aku dalam keadaan tak stabil, aku hanya mendiamkan diri. Malas nak bertekak pagi-pagi macam ni.
       Setelah habis kelas petang itu aku menunggu Shah di depan kelas. Pada Dina aku dah beritahu awal-awal supaya pulang sahaja. Masa terus berlalu, bayang Shah masih tak kelihatan. Aku semakin geram kerana berdiri terlalu lama. Disebabkan telah 20minit menanti aku mengambil keputusan untuk menanti Shah di Cafe. Laluan ke Cafe tersebut perlu melintasi taman istirehat. Suasana sunyi kerana semua pelajar telah berangkat pulang membuatkan aku dapat menangkap suara lelaki dan perempuan sedang bergelak ketawa. Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat dengan mata kepalaku sendiri apa yang sedang ku tonton sekarang. Shah sedang berbahagia dengan gadis yang melentok dan megesel manja denganya di sudut tercorok taman tersebut. Beraninya mereka membuat onat di dalam kolej.Gatal. Hanya perkataan itu yang terlintas di kepalaku ketika ini. Namun hatiku mendongkol geram. Aku malas untuk menonton lagi drama tersebut.
Aku mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja. Ketika aku memusingkan badan untuk melangkah pergi, aku sangat terkejut dengan kehadiran Fakrul di belakangku.

" Aaaaaaaaaa" aku rasa jeritanku yang kuat itu cukup untuk memecahkan gegendang telinga Fakrul. Mangkuk tingkat murahan betul la dia ni. Suara gelak ketawa tadi terus senyap. Dengan cepat Fakrul menarik tanganku agar segera beredar. Aku meronta-ronta minta dilepaskan.

Tiada ulasan: