Khamis, 14 April 2011

Cinta Yang Di Benci Itu Mengekoriku (2)

         Setiap malam aku akan menerima panggilan daripada Shah. Aku pelik dengan lelaki yang sorang ney. Kenapalah dia rajin sangat menghabiskan duit? Walaupun kami sudah declare sebagai couple selama 2minggu tapi aku tak rasa apa-apa. Mungkin orang lain akan fikir aku ney perempuan yang jahat dan zalim tapi hakikatnya aku tak sanggup nak kecewakan hati Shah. Keluarga Shah banyak membantu aku. Aku sangat rapat denganya ketika masih kecil dahulu. Bagaikan sahabat sejati anatara aku dengan Shah.Namun yang nyata setelah aku menerima dia sebagai kekasih, perangainya mula berubah.Sikap terbukanya kini hilang di telan waktu. Shah menjadi seorang yang serius serta selalu mengawal pergerakan aku membuatkan hati tersa semakin jauh dari pershabatan kami. Aku tidak pasti sampai bila aku mampu bertahan.Lamunan aku mengenai Shah lesap setelah mendengar deringan telefon yang bingit di tengah malam. Aku memandang jam. 12.45 pagi. Aku pasti Shah. Lantas punat hijau ditekan.

" Assalamualaikum sayang, dah tidur ke?" suara Shah kedengaran romantik.

" Waalaikumsalam Shah, shira tak tidur lagi. Belum mengantuk." aku berbohong untuk hari yang ke 14. Jika di ikutkan mata ni aku dah lama tidur lagi tadi. Tapi Shah akan menelefon tepat pukul 12.45 pagi. Aku tak nak tidur aku digangu gugat. Aku lebih rela menunggu sehingga 12.45 pagi. Dan disebabkan itulah aku selalu terbabas tidur dan teman aku yang baik hati si Dina pula tidak jemu mengejutkan aku. Selalu juga dia bising mengenai Shah. Tapi aku tak tau cara terbaik untuk menegur Shah.

" Tunggu Shah call ke? Shah tak dapat tidur la sayang?" tersentak aku daripada mengimbas segala cerita tadi.

" Shah okey ke? Sakit ye?"

" Tak la risau kat Shira je." ait mamat ney. Kita risaukan dia boleh pulak dia risaukan kita.

" Lorrr..Napenya nak risaukan Shira? Shira okey la Shah. Dont worry k."

" Shah peliklah dengan Fakrul tu, kenapa dia buat Shira macam tu. Shira bukan nak bagitau Shah apa yang Fakrul buat kat Shira."

" Siapa yang jadi tenet begerak ney Shah? Tak pe, Fakrul tu esok-esok dia buat lagi Shira nak Sekel kepala dia." classmate aku tu, ada ke yang cita-citanya nak jadi penyampai berita atau radio. Pelik aku. Semua yang berlaku mesti Shah akan tahu. Sampaikan semua jadual waktu kelas aku dia tahu. Tapi siapa orangnya pula. Tak kan Dina kot. Dia kan member baik aku. Dia tak kan bercerita belakang aku.

" Tapi dia selalu buli Shirakan? Esok Shah jumpa Fakrul ye sayang."

" Eh tak perlulah macam tu. Nanti malu Shira dengan classmate. Tak pe, Shira tau jaga diri." apalah Shah ni, benda kecik pun dia nak masuk campur juga ke? haishh lemas aku.

" Shah kita sambung esok boleh tak? Shira nak study lagi ni. Kita jumpa kat kolej esok ye."

" Shah baru nak berborak dengan Shira. Shira bosan ke nak borak dengan Shah. Setiap kali Shah call ada je alasan Shira." aku mengeluh. Aku penatlah Shah. Kau tak faham ke? kata-kata itu hanya bergema didalam hati sahaja. Penakutkah aku?

" Tapi Shira letih sangat. Tiap-tiap petang Shira ada latihan netball. Shah kenalah faham." kedengaran Shah mendengus kuat seperti geram. Tut tut tut. Panggilan tersebut di matikan. Lantaklah kau Shah mata aku dah nak rabak sekarang ni. Aku tersenyum dan selimut ku tarik menutup badan. Hujan di luar membuatkan aku cepat hilang dari alam dunia dan memasuki alam mimpi.

-------------------------------------------------------

Tiada ulasan: