Rabu, 13 April 2011

Cinta Yang Di Benci Itu Mengekoriku (1)

" Shira cepatlah kita dah lambat ni " aku semakin melajukan langkah apabila mendengar suara teriakan dina dari atas tangga.Aku terasa badanku berpeluh semula, semua ni sebab shah la punya pasal. Geram aku bila memikirkan perangai si Shah ni. Kalau hari-hari macam ni kurus ramping la aku. Pagi-pagi dah terkejar sana terkejar sini. Sudahlah pagi ni kelas Ms Haida. Sapelah yang tak kenal dengan pensyarah aku bak harimau kelaparan tu Biarlah aku masuk dulu sebelum dia. Mati aku kali ini kalau lambat lagi. Aku punye rekod dah la "cantik" aje Kalau hari ni lambat lagi maknanya aku dah cukupkan 20 kesalahan. Tu baru kelas Ms Haida. Cuba aku tambah semua kesalahan untuk kelas yang aku ada. Hehehe maunya lebih seratus. Dasyat tu

" Hek eleh minah ney, apesal kau gelak sorang-sorang. Kalau nak gila jangan menyemak depan pintu ney. Blah la kau " suara sumbang siapa pulak yang menganggu kiraan matematik aku ney. Tak bermoral betul. Aku memusingkan badan. Fakrul si poyo ney rupanya. 

" Eh kau ni macam mana jadi manusia hah? Bahasa menunjukan bangsa tau tak. Aku nak gelak aku punya pasal lah. " Mukanya je boleh harap, perangai macam hampeh. Benci aku. Si Dina ni mana pulak perginya. Aku terlihat kelibat Dina melambai-lambai aku di dalam kelas. Ceh tak guna la Dina ney ada ke dia biarkan aku je kat luar bukan nak ajak. Tak memasal aku kena sound ngan mamat poyo tu. Aku berebut masuk dengan Fakrul. Masing-masing tidak mahu beralah. Akhirnya aku yang dapat masuk dulu.Dengan segera aku berlari dan mendapatkan Dina. Terasa larian aku berat. Kenapa pula ni. Penat sangat la tadi kot main tolak-tolak Aku perasan semua mata memandang aku. Apehal?

" Hello,hello dan hello, apehal korang pandang aku ney. Aku ada hutang ngan korang ke? ke korang yang hutang ngan aku ney?" aku tergelak-gelak ketika mengucapkan ayat tersebut. Apa bendalah aku mengarut ni. Aku tengok sorang-sorang muka budak kelas aku.Masing-masing tersenyum dan mengelengkan kepala sahaja.Dina hanya memandang tempat lain. Aku menarik beg untuk diletakan atas meja. Ait beg aku pun berat ke? Rasanya pagi tadi ringan aje. Aku menarik lagi dengan kuat. Eh bio benonye. Aku terasa beg aku ditarik balik. Aku ni berkhayal ke? Aku tarik kedepan, beg aku di tarik kebelakang semula. 

"Aduh" aku menjerit dengan kuat sekali. Sakitnya kepala otak aku macam kena jentik je. Sape la nk pedajal aku. Sebenarnya takda la sakit mana tapi terkejut je lebih. Kasi kelas gempak.

"Oit bengong beg kau tu ada mata kail ke ape? Jahanam beg aku." eh eh eh aku tau suara siapa ni. Mamat poyo tu.Aku tengok beg aku. Memang sah beg aku ngan dia tersangkut. Ish beg ney boleh lak pulak buat lawak time ney. Aku melepaskan beg Fakrul dan menolaknya. Padan muka. Nasib baik aku tak jentik biji mata kau tau kalau tak buta la kau. Aku terus duduk dan mengeluarkan nota Ms Haida. Lambat pula dia masuk hari ney. Selalunya tepat je waktu die mesti dah tercongok kat depan pintu. Sekarang dah 10 minit berlalu. Aku hanya membaca nota Ms Haida untuk preparation. 

" Dina mana  Ms Haida ney. Kalau tak jadi cakaplah bole kita g cafe. Aku da la kebuluran tahap karma ney. Ase macam aku duduk kat Bosnia la pulak." nota aku tutup. Perut yang lapar menganggu konsentrasiku.

" Aku tak tau la mungkin tak jadi la tu kot. Jom lah kita gerak ke cafe. kau tu lain kali bangun awal sikit boleh la breakfast.Lepas tu mulutnya pot pet aje kalau lapar. Badan kecik perut besar. " Aku hanya menadahkan telinga sahaja. Memang salah kau pun. Lantas aku mengemas nota dan di masukan ke dalam beg. Setelah hampir setengah jam menanti, kami mengambil keputusan untuk pergi  ke cafe. Pelik kami apabila Ms. Haida tidak muncul juga kali ni. Apa masalah dia?

" Jom Dina nasi lemak kat cafe tu dah melambai-lambai aku tu." aku tarik tangan Dina. Kalau lagi 5minit aku tak makan memang aku tertonggeng kat sini. memang betul-betul punya lapar kali ni. Dina hanya mengikut sahaja tanganya di tarik.

" Shira, nak kemana? Boleh Shah ikut tak? " aduh ney lagi sorang. Rimas aku di buatnya. Tapi aku tersengih dan kepalaku angguk sahaja tanda mengajak. Hati orang kena la jaga.

" Jomlah, Shira nak pergi cafe ney. Shah dah breakfast lom?" aku melembutkan suara. 

" Hipokrit la kau ney perempuan. Macam muka dulang " aku terkejut dengan suara yang ala-ala kurang dek ajaran tu. Aku memandang tajam ke arahnya. Namun jelingan aku di balas senyuman yang sinis daripada Fakrul. Ape jadahlah mamat ney. Ada je nak cari pasal dengan aku. Muka aku ney ada muka dulang ke?

" Muka aku dulang abis muka kau tu macam muka dinding jamban ada aku kesah ke? Menyibuk aje hal aku." aku mendengus dan terus menarik tangan Dina. Shah hanya menurut sahaja. 
-------------------------------------
          

Tiada ulasan: